V6 Gearbox Treatment Oil

V6 Gearbox Treatment Oil

Memperkenalkan V6 Gearbox Treatment Oil – penyelesaian terbaik untuk keperluan transmisi kenderaan anda.

V6 Gearbox Treatment Oil direka khas untuk melindungi gearbox anda daripada kerosakan, mengurangkan geseran, dan memanjangkan hayat transmisi kenderaan anda. Formula terkini yang direka khas ini diformulasikan untuk meningkatkan penukaran gear, meningkatkan prestasi, dan mengurangkan bunyi, getaran, dan kekerasan (NVH) dalam kenderaan anda.

Dibuat dengan minyak asas sintetik berkualiti tinggi dan bahan tambahan terkini, V6 Gearbox Treatment Oil memberikan perlindungan yang lebih baik daripada pengoksidaan, kerosakan haba, dan pembentukan deposit. Ia sesuai untuk digunakan dalam semua jenis transmisi automatik dan manual dan sesuai untuk digunakan pada kenderaan dengan jarak perjalanan jauh dan pendek.

Dengan V6 Gearbox Treatment Oil, anda boleh mengharapkan penukaran gear yang lebih lancar, peningkatan kecekapan bahan api, dan prestasi keseluruhan yang lebih baik. Selain itu, ia mudah digunakan – hanya tambahkan ke cecair transmisi kenderaan anda dan nikmati manfaatnya.

Percayai V6 Gearbox Treatment Oil untuk menjaga transmisi kenderaan anda berjalan lancar dan cekap. Cuba hari ini dan alami perbezaannya sendiri!

Soalan Bank Untuk Loan Kereta

X50 dah nak keluar. Kalau tengok rekabentuk dan spesifikasi, X50 memang cantik. Dengan harga (anggaran) bermula RM 75,000 memang suatu kenderaan yang berbaloi.

TAPI…

Dalam media sosial dah muncul soalan-soalan yang agak merisaukan.

“Gaji RM 3000, boleh dapat full loan tak?”

“Aku kerja sendiri, tapi susah nak dapat loan sebab pendapatan tak tetap dan aku tak daftar syarikat. Macam mana cara, aku boleh beli X50?”

Ada juga yang sentap apabila seseorang mempersoalkan tentang kos penyelenggaraan Proton X50. Iyalah, lebih “high tech” suatu kenderaan, lebih mahal kos penyelenggaraan.

Satu sensor kalau rosak dah berapa Ringgit nak ganti?Kalau kereta sampai boleh “parking” sendiri, rasanya berapa banyak sensor dalam kereta tu?

Nak beli kereta, mungkin lepas “loan”. Tapi lepas atau tak lepas “loan” bukanlah indikator kemampuan untuk memiliki X50.

Bila dah beli, kena ambil kira:
1.Kos penyelenggaraan
2.Kos takaful dan cukai jalan (1.5 liter ok lagi kot)

Bagi yang bergaji RM 3000 atau tak bergaji tetap, hati-hatilah. 6 Bulan lepas mungkin tak rasa sangat bebanan hutang kerana ada moratorium. Tetapi bermula bulan Oktober, dah kena mula bayar segala pinjaman bank.

Kalau dah berjaya buat simpanan sehingga 3 hingga 6 bulan gaji sepanjang tempoh moratorium, sepatutnya tiada masalah nak angkat X50 satu. Tapi jika cukup-cukup makan, lebih baik batalkan niat.

2020-2021 akan menjadi tempoh yang amat mencabar kepada ekonomi.

Lebih baik perkukuhkan kewangan peribadi dahulu sebelum beli “big ticket items” seperti kenderaan. Ketahuilah, orang gaji RM 7000 pun fikir dua tiga kali sebelum nak beli kereta baru.

Ingat ye Tuan-tuan, pada tahun 2017 pinjaman belian kenderaan (hire purchase) adalah penyebab utama pengisytiharan muflis di Malaysia. Tahun 2020? Rasanya takkan lari banyak.

Jika gaji belum cukup besar, pilih kenderaan lain dahulu. Dah gaji besar dan simpan banyak nanti, boleh upgrade ke X50 mahupun X70 atau X90. Buat waktu ni, Saga mungkin kenderaan yang paling baik untuk poket anda.

Saya pun dok ushar Proton Saga baru. Spesifikasi premium tak sampai RM 40,000. Lebih jimat untuk selenggara dengan transmisi auto 4 kelajuan (asalkan bukan CVT).

Ketahuilah, jauh disudut hati, saya pun teringin bebenor nak angkat X50 satu. Tapi rasanya belum bersedia untuk komitmen.

Ahmad Firdaus
Hati kata mau X50 tapi pada masa sama nak Triton 2nd hand

Motivasi Dari Kereta “SEDAP”

Rasa teruja bila berpeluang dapat bersahabat dengan ramai orang yang luar biasa kejayaan mereka.

Aku sentiasa rasa terinspirasi dengan mereka ini. Sangat-sangat terinspirasi.

Sekarang, aku baru perasan antara hikmah terbesar bila berkereta ‘sedap’.

Sebelum ni aku berkereta ‘sedap’ sebab minat semata-mata.

Tapi ia sebenarnya kunci untuk membina networking dengan ramai orang-orang yang jauh lebih hebat.

Bila sertai kelab kereta ‘sedap’ ni, sungguh, aku tak sangka Malaysia ni ramai usahawan yang luar biasa.

Terasa kerdil diri ni. Jauh lagi perjalanan.

Untung 6 7 angka sebulan, itu biasa-biasa bagi mereka. 

Dah jadi macam rutin bulanan mereka.

Aku bukan bercerita tentang geng-geng MLM yang berdiri atas kereta mewah, mereka ini adalah golongan real businessman.

Hebat rezeki yang Allah swt dah susun untuk mereka.

Jika anda pun masih mengejar impian seperti aku, semoga kita dapat berjaya seperti mereka suatu hari nanti. Amin!! 

458… Kau tunggu..

Minyak Kereta Habis ? Jangan Panik !!!

AUTOMOTIVE ENGINEERING

Menurut Dato’ Ir Hj Mohamad Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ) melalui sedutan di radio IKIM FM :

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km.

2. Jika penghawa dingin dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.

3. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.

*Nota – Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.

kredit: Persatuan Jurutera SeMalaysia

TIPS ‘PUKAU’ CUSTOMER AMIK KERETA DGN ANDA

Ok harini kami nk share tips fb ads exclusive utk fans sifufbads yg bkerja sbg salesman kereta. So abam2 or kakak2 yg rasa nk tingkatkan sales jual kereta proton ke, produa ke, honda ke, bmw ke, lambogitu ke, dgn mggunakan fb ads, leh try follow tips2 ni ok..

#1 : HEADLINE

Tonjolkan USP anda berbanding salesman lain. Mention lokasi pd tajuk. Cth:
“DARLINGS, BERMINAT UTK TEST DRIVE KERETA PEROSATU TERBARU DI CENTRE ABG AZHAR DI S.ALAM?”

“SALESMAN LAMBOGITU PLG DIPERCAYAI DI AMPANG”

“NK SETELKAN URUSAN BELI KETE DLM MASA SEMINGGU? ABG JEM LAH PAKARNYA”

#2 : COPYWRITING

Fahami audiens. Kenalpasti masalah mereka bila nk beli kete. Mention dlm copywriting, dan apa penyelesaian yg boleh anda tawarkan.

#3 : GAMBAR

Gunakan gmbar anda bersama customer trdahulu. Klau bleh gmbar dpn kereta yg mereka baru beli tu. Kumpulkan testimoni bertulis drpd mereka. Lebih banyak lebih baik.

 #4 : IMPROVE TRUST

Selain testimoni, letakkan juga gambar2 award/anugerah yg pernah diterima utk meningkatkan letak kepercayaan prospek trhadap anda.

 #5 : OFFER

Salesman kereta di Malaysia ni ada ramai. Utk buat org lebih trtarik dgn anda, berikan mereka OFFER yg berbaloi-baloi pd mereka. Berikan offer yg buat mereka rasa ‘ruginyaa kalau aku x amik offer dari salesman ni’..

Selain drpd copywriting dan iklan fb ads, pastikan juga anda update post di fb dgn kerap. Sebaiknya sehari skali. Dan plbagaikan post anda. Jgn hardsell kesemuanya. Selitkan tips2 yg berkaitan dgn pnjagaan kereta ke, urusan jual beli kereta, tips beli kereta 2nd hand dan lain2 yg berkaitan.

Bina fans anda secara berterusan. LIKE mktg mesti konsisten.

Jadi abam2 dan akak2 salesman Proton, Perodua, Toyota, Honda, Hyundai skalian, anda dpt sesuatu arini?

kredit: sifuFBAds

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply