Vellfire Jadi Besi Buruk ?

Vellfire Jadi Besi Buruk ?

Vellfire Jadi Besi Buruk ? BESI BURUK BERGERAK. Saya letak downpayment kereta ini RM50000. Beli plat number hampir RM10000. Pasang skirting dan lain-lain dalam RM5000. Total RM65000.

RM65000 yang saya sangkakan ianya sebagai satu kejayaan. RM65000 yang saya sangkakan sebagai satu kemajuan dalam karier. Walhal menjadi satu bebanan di dalam kehidupan.

Saya bukan seperti orang lain yang bergerak menggunakan kereta. Kadang kala dalam sebulan tidak sampai 10 kali kereta bergerak. Sifat dan jiwa saya banyak bergerak menggunakan motor. Lagi-lagi pula kini saya tinggal di Kuala Lumpur. SO TIDAK BERBALOI LANGSUNG MENGGUNAKAN KERETA.

Bergerak atau tidak Vellfire ini, bulanan tetap kena bayar pada bank sebanyak RM3300. Roadtax + insurans hampir RM10000 setahun.

Di sini saya mula terfikir. Untuk apa lagi saya simpan ‘ kejayaan ‘ ini. Dan saya mula renung ke dalam diri ini untuk apa saya simpan Vellfire ini. Di mata orang terlihat saya berjaya. Di mata sendiri hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya menjadi hamba kerja untuk menampung bulanan kereta ini.

Saya mengambil keputusan menjual kereta ini. Ternyata keputusan saya tepat kerana saya dapat berjimat hampir RM5000 sebulan. Kini hidup saya tenang tanpa hutang. Kini jiwa saya tenang untuk menjalani kehidupan seperti orang-orang biasa.

Nak beli kereta mewah tidak salah. Yang salahnya apabila kita terpaksa bekerja keras hingga tidak dapat ketenangan dalam kehidupan demi untuk membayar SEBUAH BESI YANG AKAN MENJADI BURUK SATU HARI NANTI. KERETA BUKANLAH SATU KEJAYAAN. TETAPI KERETA ADALAH SATU BEBANAN DI DALAM KEHIDUPAN.

Ini cerita aset besi buruk saya.

Kenapa saya kata besi buruk ni jadi aset? Sebab dengan besi buruk ni lah saya membina bisnes dan mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Bulan september 2019, selepas hampir setahun saya buat bisnes katering dengan menyewa kenderaan, saya buat keputusan untuk beli sebiji van. Van murah pun tak apa, asalkan berfungsi dengan baik dan saya tak perlu pinjam kenderaan orang lagi.

Saya pinjam dengan keluarga RM13,000 untuk beli van nissan vanette ni. Sebulan saya bayar balik RM1,000.. dalam masa 12 bulan saya dah selesai hutang pinjaman ni, bulan ke 12 saya bayar RM2000 terus.

Dengan van vanette ni lah saya kumpul duit untuk beli kenderaan MPV untuk kegunaan saya dan keluarga. Sebelum ni saya tak ada kereta. Ke sana sini pinjam kereta sedan isteri. Itupun dah tak muat untuk 6 orang. Kesian kat anak-anak dok berebut seat dalam kereta.

MPV ni saya beli tunai sebab dah tak boleh buat pinjaman bank.

Kalau boleh loan pun dengan kredit dan interest riba sangat tinggi. Maklumlah kereta dah lama. Saya ambil masa setahun untuk kumpul duit sampai cukup.

Masa saya pergi beli kereta ni, saya pergi used car naik motor kapcai je. Parking depan kedai. Terus masuk dalam ofis, jumpa salesman, saya cakap nak beli kereta ni. Saya nak bayar tunai. Salesman tu angguk dan terus tulis resit. Saya pun terus transfer deposit. Lepas 3 hari saya datang lagi dan bawa balik kereta. Simple.

Lepas setahun beli kereta ni, tiba-tiba PKP. Masa tu saya syukur sangat sebab tak payah fikir bulan-bulan nak bayar kereta. Dengan adanya MPV dan van vanette ni, saya boleh ambik lebih banyak tempahan katering. Saya boleh jalan 2 kenderaan sekaligus.

Lepas 3 tahun saya manfaatkan kedua-dua besi buruk ni,

alhamdulillah saya berjaya kumpul duit untuk beli rumah idaman pula. Kena perli tu biasa. Van buruk lah, MPV model lama lah. Tapi saya senyum je. Sebab cuma saya dan isteri je yang tau baki dalam akaun saya ada berapa.

Dalam posting ni saya nak cerita, sudut pandang setiap orang tentang sesuatu tu berbeza. Ada benda yang jadi liabiliti bagi sesetengah orang, sedangkan benda tu jadi aset bagi sesetengah orang. Oh ya, saya tak pernah anggap dua-dua ni besi buruk. Bagi saya ini adalah besi berani. Bezanya, kalau besi berani biasa menarik besi, tapi dengan besi berani ni saya menarik rezeki, dengan izin Allah..

Teringin juga nak upgrade MPV model baru. Kemampuan ada, tapi keinginan belum ada. Biarlah saya habis bayar pinjaman rumah dulu, baru fikir nak upgrade MPV. Masa tu harga MPV model baru mesti dah turun harga. Tak lama pun, saya target 3-4 tahun untuk selesaikan pinjaman rumah. Insya-Allah. Doakan saya ya. #boskatering#rasacatering#YourCateringExpert

Viral Isu vellfire marin besi buruk bergerak

kereta satu kejayaan? kalau kau keluar kereta semata² nak bagi impress pada orang lain yang tue kau rasa bebanan.. sebab kau tak enjoy pun sebenarnya kereta yg kau beli. lebih nk tunjuk yes!!! aku dah berjaya. lain dengan orang yang beli kereta untuk KEPUASAN.

Mereka nie enjoy dengan jentera tersebut tanpa memikirkan ianya satu bebanan. Walaupun bayaran bulanan agak besar. nak pilih kereta? pilih kereta yang ada ROH dengan kau. macam aku memilih kereta tahun 90an.. Geng geran ditangan nie. Kredit : Boss Edy Kuantan. Vellfire Jadi Besi Buruk ?

BESI BURUK

Mesti pelik kan, knp suda beli vellfire, suda pkai 5 tahun, beli lagi alphard, mcm sama jak… hahaa… warna sama lagi.. knp bilang aq ndak beli keta lain… Keta vellfire nie adalah keta impian ku.. sblum aq beli, aq tnya beberapa org yg pakai, best ka.. dan dato vida pun pena share pasal kereta spot dia byk sblum nie dan dia jual, keta vellfire alphard jak dia xjual balik dan smpai 3 biji dia pnya sbb nak tukar2 pakai sbb dia slalu ulang alik kb ke kl.. sejak itu aq mmg tmbh yakin utk beli keta vellfire.…

Feb 2018 alhamdulillah tercapai, dpt beli, ccm bulanan rm2997 (malu2 mau p rm3k). Sejujurnya keta nie aq suda pakai 5 tahun, xda perasaan myesal beli, xda aq rasa ”besi buruk”… sbb knp? Hari2 aq pakai… hahahaa.. ya hari2 aq pkai.

Ndak da aq beli baru parking jak. Klu parking yaaa mmg membazir..

awal tahun 2023, husband yg uruskan keta alphard, aq sbrnya ndak mau tukar, tp d paksa, sbb mau d blanja oleh SFJ , jadi mau nda mau terpksa terima. Knp beli keta lebih kurang, sbb mmg aq minat. keta lain xda yg aq lebih minat. Dan knp aq tukar, sbbnya, aq mau yg full spec.hahaha.. alhamdulillah keta Vellfire itu ada d KK sana selepas pujuk abg ku utk ambik.

Kereta ni, xperlu kita mau ikut2 org, ukur baju d badan sndiri, dan minat sendiri.. dia mmg jadi besi buruk klu ndak pakai, klu aq ndak sempat jadi besi buruk, sbb hari2 aq pkai. Sbb aq xda keta lain . Skian terima kasih baca smpai hbis. Vellfire Jadi Besi Buruk ?

Leave a Reply

%d bloggers like this: