Victoria and Abdul

Victoria and Abdul

Bila tahu Queen Elizabeth II dah mati, saya teringat satu movie yang bertajuk Victoria and Abdul. Filem ini diadaptasikan dari kisah benar kehidupan Ratu Victoria pemerintah ENGLAND yang menjajah negara INDIA selama 29 tahun. Lagi sikit je lagi Ratu Victoria nak masuk Islam dek kerana seorang hamba (Indian servant) yang bernama Abdul Karim yang beragama Islam. Dari sini saya belajar cara ikram (santuni) orang yang kita sayang mengenali agama Islam lebih dekat.

Dalam cerita ni kita boleh lihat bagaimana pihak Istana berusaha untuk padamkan sejarah Islam bila Queen Victoria dah mula tertarik dengan agama Islam. Bila tengok movie ni sampai habis, saya dan suami terfikir boleh jadi Victoria mati dalam husnul khotimah… kita tak tahu kan…

Kisah pembongkaran betapa peritnya kehidupan Ratu Victoria dan akhirnya Allah temukan Ratu Victoria dengan Abdul Karim yang beragama Islam yang telah dijemput datang ke ENGLAND untuk menghadiahkan MOHUR (syiling emas Moghul Empire) kepada Ratu Victoria. Kehadiran Abdul Karim disambut baik oleh Ratu Victoria tapi tidak pada orang-orang bawahan Pemerintah England yang sedaya-upaya ingin menggulingkan Ratu Victoria gara-gara Ratu Victoria berkawan rapat dengan Abdul Karim.

Pada mulanya, semua orang putih (pihak Istana) ingat Abdul Karim tu beragama Hindu… then baru tahu Abdul Karim tu beragama Islam. bertambah rasist lah jadinya šŸ„“

Sikit demi sedikit Abdul Karim membawa ajaran Islam kepada Ratu Victoria sehinggalah Ratu Victoria tertarik untuk belajar BAHASA URDU dan AL-QURAN! Masya’Allah šŸ˜

Bertambah bengang pihak pemerintah negara termasuklah anak-anak dan cucu cicit Ratu Victoria sendiri pun tak suka Abdul Karim sebab pada mereka Abdul Karim terlalu membimbangkan kerana berjaya mempengaruhi Pemerintah England tersebut.

Paling menyedihkan bila anak Ratu Victoria sendiri telah bersubahat dengan Perdana Menteri, doktor peribadi Ratu Victoria dan semua pembesar-pembesar telah mengatur rancangan untuk menjatuhkan Ratu Victoria dengan membuat fitnah bahawa Abdul Karim ada penyakit kelamin & menfitnah Ratu Victoria sudah tidak waras, GILA.

Alaa… sedih cerita dia šŸ˜­

VICTORIA & ABDUL.
UNTOLD TRUE STORY.

Paling best dalam filem ini memaparkan ISTERI & IBU MERTUA Abdul Karim memakai BURQA… Subhanallah…

Leave a Reply

%d bloggers like this: