Wings Lagenda Rock Malaysia ?

wings lagenda rock malaysia

Wings lagenda rock malaysia ? Salam sejahtera semua. Kalini aku nak cerita  sikit pasal WINGS ni. Tapi tajuk dia tu lain macam je, KESETIAN ? memang pun, sebab ada makna disebaliknya. Korang tengok, bagaimana anggota WINGS  dari zaman hukum karma ini, telah bersatu kembali dari tahun 2001, dan akhirnya  terus menjadi LAGENDA rock tanah air.

Masa aku tengok WINGS kat konsert ambang putrajaya haritu,  aku tak jadi mengantuk, walaupun wings main pukul 1 pagi lebih. Aku katakan, sound guitar joe menyengat , eddie macam biasa cool dengan bassnya, black steady je ketuk drum, muka  senyum je , kalau aku ketuk sikit  pun dah penat. Dan semestinya AWIE yang menjadi frontman WINGS ni. Cumanya kalini aku nak cerita pasal kesetiaan ni. 

1) EDDIE adalah anggota paling lama 

Memang tak boleh disangkal lagi, Eddie terus  bertahan di posisi bass wings, sejak dari zaman belengu irama. Kalaulah mamat ni takda, aku tak pasti, siapa yang boleh menjiwai muzik wings dengan baik, walaupun kalau ada bassist yang bagus masuk menggantikannya. Aku suka bass line dia, banyak yang catchy, seperti lagu biru mata hitamku, lena diulit  intan.

Aku masih ingat lagi masa aku duk belajar main gitar masa darjah 6, lagu lena diulit intan ialah lagu wajib, tapi masa tu MEL menggantikan tempat AWIE yang beralih arah menjadi solo. Tak sia-sia aku ambil gambar dengan EDDIE masa tahun baru haritu, dan EDDIE terkejut sebab aku nak ambil gambar dengan dia. Aku ada beritahu pasal aku main bass lagu wings, dia gelak je. hahahaha.

2) JOE terus mewarnai lagu-lagu wings

Joe yang masuk menggantikan sham , terus mengorak langkah, untuk memberi riff riff keras untuk wings. Dan pada suatu ketika bila awie keluar, joe tidak patah semangat, lahirnya album superfriends adalah hasil usaha joe untuk memastikan wings tidak terus mati.

Mel dan Mus masuk bertukar ganti, dan wings terus berevolusi dengan muzik yang berbeza-beza. Aku memang suka style joe dulu, jika korang ada melodi yang simple untuk dimainkan, JOE akan mainkan melodi tu dengan penuh perasaan, itu kelebihan joe, dia pakar dalam bab bab tu. 

3) BLACK terus tenang mengawal drum

Selepas zaman kegemilangan Jerangkung dan Bazooka penaka yang dianggotai oleh JOJET, black datang kembali, walaupun hakikatnya AWIE sudah keluar masa tu. Tapi, dia  ni tetap maintain, ketukan black makin padu. Memang black ada tone dia tersendiri. 

4) AWIE oh AWIE

Kesalahan meninggalkan kumpulan wings, memang sukar untuk dimaafkan, saat mereka bersatu kembali, akan terasa yang wings akan terus maju kehadapan. Dan joe dengan hati terbuka menerima awie kembali, dan lahirlah album NAGA KERAMAT, dengan nama WINGS dan AWIE ada dalam cover depan album tersebut. Walaupun AWIE makin popular dengan filem hantu kak limah, AWIE terus bersama dengan ahli kumpulan lain, dan mereka akan keluar dengan album baru dibawah KRU Studios tak lama lagi. 

Kesetian kunci utama KEJAYAAN

Aku harap cerita band malaysia ni  dapat menjadi satu inspirasi kepada kita, ingatlah, dalam rumah tangga pun , kesetiaan akan menjadi nadi kebahagian. Dalam business pun, anda perlukan kesetiaan dalam mengharungi turun naik sales anda. Teruskan bersama, menangis bersama, gembira bersama, itulah kemanisan kehidupan dan kejayaan. SEMOGA ANDA MENJADI LAGENDA. wings lagenda rock malaysia

Muzik Suatu SUMBER INSPIRASI ?

Bila bercerita tentang sumber inspirasi, sebenarnya banyak sumber inspirasi yang bagus kita ikut dan contohi, lagi lagi nabi kita muhammad, kitab suci Al-Quran, dan para sahabat. Tapi entry kali ini saya nak bawa anda satu sumber lagi, iaitu dari MUZIK . Hoo, adake macam tuh ? takpa nanti saya cerita kisah seni dalam blog ini, kalau dikupas kembali, korang akan faham kuasa muzik itu

Suatu Kesetiaan

Bila cerita pasal muzik, kumpulan muzik. memang sebenarnya ada banyak cerita motivasi, disebalik kehidupan mereka yang kadang-kala terumbang-ambing itu. Tapi keteguhan setiap kumpulan tersebut, macam kumpulan WINGS, lagu mereka yang best, tentu sekali sepertia inspirasi taming sari, tirai horizon, memang layan , dan itulah semangat yang ditiupkan dalam muzik rock. Jadi setiap muzik itu, kalau nak diceritakan memang ada kisahnya.

Kisah PEMUZIK 

Bila aku cerita pasal gitaris kidal, sebenarnya ianya lagi membuatkan aku kagum dengan mereka. Contoh terbaik yang pernah aku tulis ialah Tommi Iommi dari kumpulan Black Sabbath, mungkin korang yang dengar memang pelik, tapi cerita dia tuh membuatkan kekurangan itu ialah KELEBIHAN dan ianya menjadi suatu KEUNIKAN. Jangan tak tahu, tommi iommi pernah giveup main gitar, sebab jari dia cedera masa kerja kilang. Tapi dia jadi kreatif, inovatif, sebab itu muzik mereka berat tapi layan.

Keras Tapi BERNAS 

Memang orang kata muzik thrash tu keras, tapi itulah dalam keras ada BERNAS, aku masih mengkaji, menghayati, kenapa METALLICA masih the best metal band dalam dunia. Lepas tu jugak macam mana Cromok buat lagu ada unsur kemelayuan. Sebab itu aku suka dengar banyak kali, dan kejayaan diorang ni. Buat semua orang nak main muzik, nak berjaya, nak buat sesuatu yang unik dan bagus.

Kesimpulan

Sebenarnya yang ni salah satu je, banyak lagi sumber inspirasi yang boleh korang dapat dan rasai. Itu aku tak cerita lagi kuasa alam, nature, macam dr shaklee buat, oklah takpa, nanti kita borak lagi. Wings lagenda rock malaysia

pengembaraan neeruza wings lagenda rock malaysia

Adakah Modread Lebih Bagus Dari Kristal ?

Salam sejahtera semua. Lama dah tak update blog faizsaaid ni, adui, dua tiga hari ni penat dengan aktiviti aktiviti . Apapun penat tu akan membuahkan hasil, jika kita bersabar. Album ni sebenarnya dah lama keluar. Akhirnya pada 21 december tahun lepas, aku berjaya jugak dapatkan album ni. Masa tu aku keluar dating dengan wife aku dekat plaza angsana JB.

Tak sangka pulak dah ada C&M music center kat angsana. Angsana pun dah lain bro, tak macam zaman kitorang dating dulu. Semuanya dah cantik. Time wife tengah cari baju untuk kenduri adik , aku pulak sempat singgah C&M ni. Lepas tu aku terus sambar album PENGEMBARAAN NEERUZA . Jalan jammed nak patah balik ke skudai tempat homestay kami, sempat jugak melayan lagu- lagu yang ada dalam album ni.

1) LEBIH KERAS DARI ALBUM SEBELUMNYA

Apa yang nak aku katakan, kalini album modread lebih keras, tapi tak sekeras metal, thrash metal, rock keras. Ia lebih eksperimental, dan ada juga unsur old school rock n roll yang kuat. Bagi aku yang berjiwa old school thrash, album ni susah nak masuk, susah nak layan. Lain lah korang betul betul buka minda muzik korang. Dan last sekali selepas habis dengar satu album, korang  akan faham apa itu muzik modread.

2) LIRIK LEBIH UNIK

Bagi juara hot fm bingit musim pertama  ini, muzik diorang ni, aku lebih kata lebih modern. Isttilah divayana, perangga dan yang lain lain tu, banyak maksudnya, dan aku tak berapa paham walaupun dah mendengar beberapa kali. Apapun, semuanya itu mesej tersirat modread kepada peminat setia mereka. Bak kata fami, album kalini menceritakan perjalanan seni diorang selepas album debut mereka NEERUZA. Salah satu lagu berbahasa jerman, mungkin juga ada pengaruh a tout le monde oleh MEGADETH. Aku tabik spring untuk lagu ni. 

3) SOLO GITAR SYAFIQ LEBIH MATANG

Syafiq yang semuanya kenal dengan solo malmsteennya. Tapi kalini aku memang respect, solo solo dia lebih mencabar, ada jiwa, dan lebih teknikal, selain dari speeding yang laju . Aku suka solo lagu yang terakhir dalam album ni. 

4) PENGARUH MUSE

Yang ni wife aku dan aku sendiri perasan, korang perasan tak ? Inilah elemen, yang akan membuatkan korang berada di alam modread tu sendiri bila dengar lagu lagu diorang. Lagu lagu macam sinar perangga dan alam divayana lebih fantasi dari lagu lagu yang lain. Apapun jiwa rock n roll korang tentu terbakar dengan lagu PANJI ROCK N ROLL.

5) TIADA SOLO KIBOD

Aku mengharap jugak solo john untuk album ni. Tapi mungkin akan datang ada rasanya. Aku rasa modread lepas ni perlu banyakkan warna muzik dalam album lepas ni. Tentu akan menjadi lebih menarik

MODREAD LEBIH MAJU

Hmmm, 5 point sahaja yang aku dapat bagi, semoga MODREAD terus maju. Mungkin lepas ni aku tengah tunggu album WINGS yang terbaru. Nantikan ulasan aku. Jom layan lagu modread kat bawah ni. MODREAD ft BLACK, Kopi dangdut satu. Hmmm, adakah soalan di atas tu betul ? tak pastilah, semuanya ada kelebihan masing-masing. wings lagenda rock malaysia

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply