Zhaf Sebagai Pengkritik Filem

Zhaf Sebagai Pengkritik Filem

Kekurangan Zhaf sebagai pengkritik filem, dia kurang vocab term dalam hal teknikal dan pengetahuan dalam disiplin filem. Sama ada, shit atau infinity shit dan star atau infinity star. Apa kebenda tu? Sekali dua dengar rasa sensasi, tapi bila selalu rasa jadi berulang-2 dan menjemukan.

Lagipun tak semua filem boleh dibaca dengan graf seperti itu. Dari negatif ke positif. Filem bukan matematik. Ada filem yang buruk, tapi ada nilai, dan ada filem lihat baik, tapi tak ada apa-apa. Ada filem yang suatu ketika dulu meletup, tapi bila tengok sekarang meh sahaja. Ada filem yang flop, tapi selepas melepasi beberapa dekad ia diperkatakan dan menjadi cult. Macam mana tu?

Dia sering mempertahankan dirinya dengan mendakwa dia sebagai regular penonton yang membayar, dan ada kapasiti untuk mencerca. Ia kedengaran agak bodoh pada saya. Jika dia sendiri malas untuk menerokai atau belajar disiplin kritisme dengan serius, mengapa dia harapkan untuk orang lain bikin filem dengan serius?

Kritisime yang baik pada saya, mendedahkan hal-2 dan mesej yang kompleks, untuk dicerna pada ruang publik. Mencerca, semua orang pun boleh buat. Pada saya, ia budaya kritikan yang paling rendah sekali.

Leave a Reply

%d bloggers like this: