Zine Surat Dari Budak

zine surat dari budak

Zine Surat Dari Budak. Buku yang menarik di Pesta Buku Melaka ni. Buku ni merupakan surat yang ditulis oleh pelajar sekolah. Nak mendidik anak anak suka menulis dan menulis surat pada kawan antara cara paling mudah nak pupuk minat menulis. Zaman dulu tulis surat ,pos surat ni biasa kan. Sekarang whatsapp je. Bila baca hasil coretan anak anak kecil ni memang mencuit hati. Kisah p rumah hantu la, mandi sungai, p pantai. Paling menarik perhatian adalah surat adik ni. Menarik betul surat .Apapun tahniah. Teruskan menulis. Bila menulis dari hati yang ikhlas pembaca pun rasa aura tu.

Zine itu apa?

Bukan buku.
Bukan majalah terbitan umum.
Dalam sejarah, zine dipecahkan kepada dua keadaan.
Pertama, majalah edaran terhad yang diterbitkan sendiri. Tulis, cetak, potong, jilid sendiri.
Kedua, fanzine, majalah terbitan sendiri oleh peminat terhadap sesuatu kumpulan, topik dan budaya.
Zaman saya berada di tingkatan tiga, zine ada dijual di kedai majalah.

Kebanyakannya diterbitkan oleh kumpulan muzik alternatif.
Mereka tulis, susun dan cetak sendiri.
Ada yang dijual di gig dan festival anak muda.
Saya pun menerbitkan zine bersama Tuan Ahmad Saifuddin Yusof, Utusan Terakhir.
Rasanya akan ulang cetak.

Kebanyakan zine tidak diulang cetak agar menjadi naskhah terhad.
Mahu belajar hasilkan zine yang ada kandungan dan persembahan yang mahal,belajar daripada pengamalnya.
Tuan Hafiz Latiff dan Puan Sayidah Mu’izzah.
Sesuai untuk belajar menerbitkan sendiri, cuba-cuba berjualan dengan zine sebelum membesar.
Cikgu-cikgu dan pensyarah pun boleh jadikan ini tugasan kelas.
Klik pada nama mereka.

ZINE ~ DEMO TAPE PENULIS BARU

Cerita dalam bentuk Zine semakin mendapat tempat di kalangan khalayak buku.
Ini kerana cerita di dalam Zine tidak mengambil masa lama untuk dihabiskan. Tidak bermakna cerita di dalam Zine tidak mempunyai isi. Dengan susunan ayat yang baik mampu membuat pembaca terusik.
Zine adalah cara baik untuk penulis penulis baru bermula. Boleh dihasilkan sendiri dan dijual sendiri. Bibliophile Malaysia menyamakan kewujudan Zine sebagai DEMO TAPE untuk penulis baru.
Zine juga digunakan untuk penulis yang sudah ada nama untuk membina jenama baru dalam penulisan mereka. Contoh Maria Kajiwa yang hadir denga zine swaterbit yang bertajuk NAGALUSIA.

Novelis Ibrah Sejarah Web Sutera turut mengusahakan swaterbit zine nya sendiri berjudul ROH PUAKA KANDANG. Zine ini telah pun ‘sold out’ dan beliau sedang tempahan zine kedua berjudul JELMA PUAKA.
Ada juga syarikat penerbitan yang fokus kepada penerbitan Zine seperti Terbitan Langit & LEGASI OAKHEART. Setiap Zine dijual dalam harga RM10-20 tidak termasuk pos.
TERBITAN LANGIT dalam kempen mengalakkan remaja membaca telah menerbitkan Zine berharga RM1.00. Ini adalah antara insentif murni yang perlu perhatian ramai.
Untuk pengetahuan ZINE boleh dicetak mengikut permintaan. Tidak perlu dalam kuantiti yang tinggi. Setakat ini ZINE ada diterbitkan dalam 50-100 buah.

Namun untuk Zine yang lebih kualiti, penerbit perlu juga mencari syarikat percetakan lebih berkualiti.
Kami di BIBLIOPHILE MALAYSIA menyarankan penerbitan Zine diterapkan di peringkat sekolah dan universiti. Ini supaya kita dapat mengasah bakat baru dalam bidang penulisan dari peringkat kanak kanak lagi.
Zine juga sepeti Majalah juga sangat menarik untuk dijjadiakan koleksi kerana limitasi cetakannya.

Format & Contoh Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Selain surat rasmi, terdapat 1 lagi jenis surat yang ditulis untuk kegunaan tidak rasmi iaitu Surat Kiriman Tidak Rasmi. Surat Kiriman Tidak Rasmi adalah merupakan surat yang dihantar secara peribadi dan lazimnya ditulis kepada ahli keluarga, sahabat, guru, penjaga dan sebagainya. Bagi murid yang mengambil peperiksaan pula, surat jenis ini adalah merupakan karangan berformat.

Isi kandungan surat ini mengandungi beberapa tujuan iaitu:

Bertanya khabar
Mengucapkan tahniah
Mengucapkan takziah
Memberi jemputan undangan
Menyampaikan ucapan atau nasihat

Terdapat beberapa tips penulisan surat jenis ini yang boleh dijadikan panduan iaitu:

Penulis perlu memulakan surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
Jika surat tersebut bertujuan membalas surat yang dihantar sebelum ini, nyatakan anda sudah membaca surat tersebut dan mengucapkan terima kasih atas surat yang diterima.
Gunakan panggilan yang sesuai dan jangan gunakan panggilan yang kasar.
Akhiri surat dengan memberikan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

Keunikan Surat Kiriman Tidak Rasmi adalah penggunaan kata ganti nama beradat.Berikut adalah senarai kata ganti nama yang biasa diletakkan dalam penulisan surat ini:

Ayah- Ayahanda
Ibu- Ibunda/ bonda
Datuk/Nenek- Nenda
Anak- Anakanda
Abang/Kakak- Kakanda
Adik- Adinda
Cucu- Cucunda
Rakan Lelaki- Saudara
Rakan Perempuan- Saudari

Terdapat beberapa format surat ini yang perlu diambil perhatian seperti:

Alamat Pengirim

Alamat pengirim perlulah ditulis di bahagian atas sebelah kanan surat.
Tarikh

Tarikh perlulah ditulis di bawah alamamat pengirim dan diletakkan tanda noktah di hujungnya.
Pembuka kata

Pembuka kata ditulis selang satu baris dari tarikh dan ditulis pada perenggan pertama surat.
Kata Ganti Nama Penerima

Kata ganti nama penerima perlu ditulis di sebelah kiri bahagian tepi surat.
Isi

Isi yang ditulis perlulah menerangkan tujuan penulisan surat dan dibahagikan kepada beberapa perenggan.
Penutup

Penutup perlu ditulis pada perenggan paling akhir dengan tujuan untuk mengakhiri surat tersebut.
Tanda Tangan

Tandatangan di tulis di sebelah kanan bahagian bawah surat sebagai untuk menunjukkan pengesahan dan identiti penulis.

Kanak-kanak dengan tulisan tangan yang baik cenderung cemerlang di sekolah

Terdapat perkaitan yang positif di antara tulisan tangan yang baik dengan peningkatan prestasi akademik dalam aspek membaca dan menulis. Banyak kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang masih bersekolah tadika dan mempunyai tulisan tangan yang baik, cenderung untuk membaca dengan lebih baik ketika di sekolah rendah kelak. Selain itu, mereka juga mempunyai daya tumpuan yang lebih tinggi. Ini merupakan hasil daripada latihan menulis menggunakan tangan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi. Selain meningkatkan daya tumpuan, latihan menulis menggunakan tangan juga dapat memberi kesan yang positif kepada koordinasi motor, daya penglihatan serta memori untuk berkerjasama dengan lebih efisien.

Apabila kanak-kanak menulis sesuatu di atas kertas, perkara itu akan lebih mudah diingati oleh otak. Ini kerana proses menulis menggunakan tangan lebih melibatkan proses intelektual berbanding proses menulis menggunakan komputer. Ini akan membantu kanak-kanak lebih memahami kandungan penulisan mereka. Selain itu, menulis menggunakan tangan juga dapat membantu mereka untuk berfikir dengan lebih cepat. Oleh itu, latih anak anda untuk menulis menggunakan tangan dengan kemas dan teratur seawal sekolah rendah lagi untuk membantu mereka untuk lebih mudah mengingati produk pembelajaran mereka.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply