Mutiara Spa Saujana Putra

mutiara spa saujana utama

Mutiara Spa Saujana Putra ? Apa yang menarik pasal spa nih ? hhahaha, aku penatlah nak cakap, tapi nak diceritakan , spa ni jauh nun di Saujana Utama, tetiba wife  ajak pergi sana, atas cadangan beberapa rakan. Oklah,  takpa, jom ke sana kejap, bulan puasa nih, memanglah tak boleh lepak minum teh tarik, hadoi. TAkpa,  iini ada 3 sebab best korang kena datang sini nak rilekkan diri.

1) Khas Untuk Perempuan

Oh  ye  ni memang bagus, untuk perempuan, laki tak leh masuk duduk luar. Tempat dia memang selesa dan macam-macam perkhidmatan lain ada, urut lepas pantang pun diorang ada buat. Hahaha, so lelaki kena respeklah ye, orang perempuan biasalah, penat memasak basuh berak anak, nak rilek rilek .

2) Dekat Dengan Saujana Utama Mall

Kalau korang jalan kaki sikit, boleh lepak kat bangunan depan tuh, hahah, sambil tuh kedai banyak kat sini, nak lagi best, korang round-round lah area nih, best weih, ada jual baju murah-murah, belikanlah untuk anak-anak. Sambil tuh  bakar kalorilah, jalan kaki, baru feel.

3) Boleh Buat Posing Ayu 

Dalam ini ada kerusi yang unik, oh aku baru faham kegunaan kerusi ini,  untuk buat photoshoot ayu macam aku nih, kulit ayu jelita makan shaklee, hahahha. Jadi tempat dia sangat best, selesa, so kalau nak tengok banyak lagi gambar, jangan lupa tengok jenguk fb abang.

Tips Penjagaan Payudara

Payudara sihat semua orang nak, hahaha, perempuan lah, tapi kena tahu, kalau nak pertumbuhan payudara yang sihat, sejak remaja, ke dewasa, ke tua, kena jaga dan sampai jadi kanser. tapi dengan permakanan yang bagus, tak mustahil akan dapat payudara yang sihat. mutiara spa saujana putra.

1. Periksa payudara anda

Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid.Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor.

2. Jauhi pembedahan

Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri.

3. Kesihatan payudara

Bagi mendapatkan bentuk payudara ynag menawan, anda digalakkan untuk membuat beberapa senaman bagi menguatkan otot pektoral dan yoga. Senaman ini dapat memberi kepuasan kepada anda kerana ia akan menjadikan payudara anda cantik, montok dan menawan. Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan otot pektoral :

i) Senaman biasa

-tekan kedua telapak tangan ke dinding sambil anda memandang ke atas.

-anda diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.

-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.

-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.

ii) Yoga

-untuk melakukan senaman secara yoga anda perlu menenangkan fikiran dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.

-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.

-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas

-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.

4. Sentuhan lembut

Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk mengurut serta menganjalkan payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan yang sempurna akan dapat memberi ransangan kepada saluran darah di payudara anda. Cara urutan yang disyorkan kepada anda adalah dengan mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara anda. Jika dibandingkan dengan penggunaan masker dank rim, cara menggunakan minyak aromaterapi lebih efektif kerana ia akan memudahkan urutan dan minyak akan lebih cepat menyerap ke dalam saluran.

5. Menjaga kebersihan payudara

Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik. Apabila anda melakukan pemeriksaan, anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian putting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian puting.

6. Guna baju dalam yang sesuai

Apabila anda memilih baju dalam, anda haruslah memilih mengikut kesesuaian anda. Contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu anda, haruslah sesuai mengikut situasi tersebut. Ini kerana untuk memastikan payudara berada di dalam keadaan yang betul.

7. Penyusuan

Ketika menyusukan bayi, anda haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang betul agar bayi anda tidak menarik payudara anda. Di dalam proses penyusuan berlaku, terdapat masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita yang dipanggil bengkak susu. Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah susu secara lembut untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam payudara menggunakan air suam.

Anda juga perlu tahu, dengan menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan rahim dengan cepat kepada asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit barah yang ditakuti oleh wanita di dunia ini.

8. Jangan ramas payudara anda

Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi anda harus mengingatkan pasangan tentang perkara ini.

sumber: fb jom hidup lebih sihat

NAK SIHAT MASA PUASA, 6 JENIS MAKANAN INI KENA WASPADA.

Jika kita plan nak beribadah dengan tenang dan sempurna di bulan ramadhan, kena perati makanan ni..mutiara spa saujana putra.

Bulan puasa, perut memang risiko lebih sensitif.
Sebab tu pemakanan di bawah ni mungkin mencetus reaksi negatif bagi sesetengah orang:

Sakit, sebu perut.
Refluks asid (air liur banyak, jadi masam)
Perit atau kering tekak
Loya, muntah
Kembung
Cirit-birit.
Sesak nafas
Lendir, kahak.
Bersin, hingus.
Berdebar-debar.
Brain fog.
Kerisauan, depres.
Sakit kepala.
Pening, mabuk.
Rasa melayang
Vertigo (rasa persekitaran berpusing).
Gatal kulit, gegata.
Lemah lesu.
Sakit sendi.

  • Pilih makanan bukan sahaja halal tetapi juga toyyib.
  • ..Iaitu makanan yang serasi dengan badan kita.
  • Ambil makanan lebih mudah cerna.
  • Utamakan makanan padat nutrisi .
  • Jika alergi dan sensitif, elakkan makanan pencetus.
  • Jangan diturutkan ketagihan makanan terutamanya ketagihan kafein, manis-manis dan makanan bergandum.

Bila kita cakna pemakanan kita, badan jadi lebih sihat..terasa sangat bezanya. Otak jadi jelas, pemikiran jadi tajam. Jiwa pula jadi tenang dan mudah untuk kita fokus beribadah.

Insha Allah.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply