Syukor Burger Tak Sedap ?

syukor burger tak sedap

Syukor Burger Tak Sedap ? Syukor burger x laku bkn sbb org xde duit nk membeli tapi sbb x sedap. Harga set pun dh mirip mcm set burger mcd. Brand image pun masih level2 kg. Yg ckp sedap kt fb ni skadar nk membekap sesama kaum saja, tpi yg membuktikan sesebuah produk itu diterima adalah hasil turun naik jualan, samaada konsisten jatuh dan makin jatuh atau pun makin naik. Bknnya netizen di fb yg kaki sembang dan bknnye food reviewer mcm pian padu beb yg klu bg review batu bata pun dia ckp sedap.

Contoh mudah rm15-20 klu kita bg pd 1000 org.

Dijamin 99% atau lebih 80% memilih utk beli set burger di mcdonald yg lebih terjamin dr segi kualiti dan rasa serta berbaloi dgn imej company yg gah 1 dunia. Klu kita up gmbr tengah lepak dimekdi atau syukor burger. Rasanye kebanyakkan org lg suke plih up gmbr lepak di mcd yg nmpk lebih ada klas dan standard. Syukor burger ni biarpun kita beli produk dia yg paling mahal tpi rotinya ketara level cap ayam dan terasa murah.

Sama cerita dgn kebanjiran kedai kopi hipster yg melingkop x smpi 1 tahun berniaga disbbkn harga jualan skadar murah rm1-2 brbanding kopi di starbuck ada tu lebih mahal drpd starbuck. Peniaga melayu kalau nk berniaga tlg la jgn ngade2 nk letak harge ke arah level2 brand yg dh berpluh tahun dan terkenal 1 dunia, brand2 besar ada justifikasi kukuh kenapa dorg letak harga mcm tu gaya, tgk saja brand image, fasiliti, tahap professionalisme staf dan kualiti produk brand tu mcm mana, sgt tinggi bknnya level cap ayam.

Pelanggan jugak tidak bodoh dan bahlol utk beli produk yg harganya mirip dgn jenama2 terkenal semata2 atas dasar bmf. Cth mudah harga kopi latte di kedai kopi hipster rm14-20. Packaging nmpk murah dan mcm nk bodohkan org, vs kopi latte di zus dan starbuck yg harga lebih kurang sama tpi packaging dan brand yg lebih bangga utk kita show off di ig dan tt. Skadar cth utk kasi fhm.

Kalau Nak Menceburi Bidang Perniagaan Burger, Janganlah Terjebak Dengan Burger Sentimen.

Nak jual burger francais, tapi ahli kena bayar mahal. Burger tak sedap, kualiti lagi teruk dari burger Ramly tapi harga kalah McD. Bila burger tak laku, ahli yang beli stall tu juga yang kena buat marketing. Founder rilek tayang harta dan sembang kencang. Dah berapa kali ulang skrip dan taktik sama. Bila kita cakap, kata tak support Melayu. Tak tahu pulak burger Ramly tu banggala punya.

Apa guna buat dan jual “sistem” kalau semua A-Z dan marketing pun tukang flip burger yang kena buat? Bila sales rendah, reti sembang motivasi saja si founder. Bukannya tolong promote atau guide. kalau setakat buat tiktok hidup keras, hidup keras tu budak tadika pun boleh sebut. Mana team yang akan uruskan masalah on site macam ni? Sembang bisnes juta-juta, sembang ekonomi industri, sembang perubahan, sembang syarikat kukuh, tak kan lah pengurusan pun sama level dengan stall burger tepi jalan?

Kalau semua A-Z tukang flip burger juga kena fikir,

apa beza burger awak dengan burger Ramly? Lebih baik orang tu beli bahan-bahan sendiri burger Ramly dan beli stall sendiri. Jauh lagi murah. Kalau jual “sistem”, sepatutnya kenalah ada satu team untuk turun tengok ahli yang bermasalah. Mungkin resipi burger salah, mungkin penyimpanan stok tak betul, mungkin lokasi stall tak strategik. Benda ni semua kenalah ada satu team consultation yang bertauliah dan berkemahiran untuk evaluate. Kalau takat turun bagi ceramah motivasi dan tayang kejayaan orang lain yang bukan sebab ilmu awak pun tu, baik tak payah.

Modus operandi meniaga burger acah-acah premium ni bukan benda baru. Jual sentimen saja. Dulu dah ada artis yang buat, melingkup juga. Masalah stok lambat, jualan kena ada kuota, stok daging dan roti burger sampai tak seiring, kualiti bahan tak konsisten, ahli kena keluar modal banyak, HQ berhutang dengan vendor sampai vendor tak nak supply stok dan menyusahkan ahli, semua isu ni bukan isu baru. Jenama saja berbeza, isu dan masalah sama saja sebenarnya.

Kawan-kawan dan saudara saya ramai juga yang semangat ambil stall burger sentimen ni.

Alih-alih, cabut logo dan jual burger Ramly dengan burger sejuk beku pasaraya juga yang berjaya. Stok boleh ambil bila-bila masa dan tak pernah putus. Tak payah bertekak dengan HQ isu stok dan kuota jualan. Ada ya, burger jenama ni hadkan berapa biji burger boleh jual sebulan. Kononnya untuk bagi semua ahli dapat jualan sama rata. Kelakar sungguh.

Sedarlah, burger sentimen ni bukannya nak jual burger. Mereka ni banyaknya nak jual stall saja. Kerja flip burger di McD pun ada latihan. Sentiasa ada update jika ada produk atau kaedah baru memasak. Ini sembang bisnes juta-juta, main hempas saja semua benda pada pemilik stall. Masa pujuk orang beli stall, bukan main lagi sembang gegar-gegar. Dah rupa orang ajak pergi berjihad. Bila orang tu terkapai-kapai, disalahkan pula orang tu tak pandai meniaga. Memang la dia tak pandai meniaga, sebab tu dia masuk sebagai ahli. Dengan harapan ada satu syarikat dan pasukan besar boleh bantu dia jika dia ada masalah.

Sebab tu lah burger sentimen ni banyak yang tak kekal lama. Akhirnya, burger Ramly juga yang berdiri teguh dari dulu sampai sekarang. Burger Ramly tu pun burger orang Melayu juga. Baik jual burger Ramly saja. Syukor Burger Tak Sedap ?

Syukor Lembu dah start. (Nama masih belum finalize ????)

Sebenarnya idea untuk jadi acah-acah kartel lembu hidup secara kecil-kecilan ni datang masa bulan puasa lepas.

Atas nasihat dan tunjuk ajar kawan-kawan lembu yang lain, tanpa membuang masa, abang bulatkan hati dan terus tekan minyak. Kita setup kandang dekat Pagoh, dan sebagai permulaan, bulan lepas abang order 200 ekor lembu dari Thailand untuk test market. Tak sampai seminggu, tinggai beberapa ketui saja, penangan raya haji.

Ya Allah, kalau tau mudahnya jual lembu, dari darjah satu lagi abang dah start meniaga haiwan tersebut. ????

Tu yang berkobar-kobar nak jadi acah-acah kartel lembu. Ni abang order lagi 200 ekor, minggu depan sampai, InshaaAllah. kita cuba sampai boleh jual 2,000 ekor sebulan, campoq lembu tempatan dan juga lembu import. Kita buat sampai jadi. ????????

Hangpa yang soleh solehah ni tolong doakan cita-cita abang ni berjaya sampai ke jinjang pelamin okay. Syukor Burger Tak Sedap ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply