Besda Beras Wangi Kampung Atasi Masalah Kartel ?

besda beras wangi kampung

Besda Beras Wangi Kampung Atasi Masalah Kartel ? Kami tumpang gembira. Ada usahawan tani kita buat baja organik sendiri, tanam padi sendiri, proses sendiri tanpa subsidi. Akhirnya dapat jual beras sendiri.

Beras wangi ini kawalan organik. Tanpa setitis racun serangga. Beras ini sudah jatuh kategori rare sebab cara penghasilannya lain dari beras lain.

Harga sedikit tinggi. Projek skala kecil, maka sudah tentu kos pembikinannya lebih tinggi. Beras ini terhad beberapa tan sahaja semusim. Moga usahawan tani ini dapat tingkatkan pengeluaran di masa akan datang supaya lebih ramai rakyat boleh makan beras segar.

Nak hasilkan secupak beras bukan semudah kita beli 10kg beras di kedai. Dengan banjir, kemarau, serangan siput, tikus dan serangga… Hati kena kental. Hargailah titik peluh pesawah kita.

Kalau tak nak beli beras dengan kartel, boleh beli terus dengan usahawan tani seperti Puan Wahida Hambali. Kita bantu projek ni bagi jadi lebih besar dan lebih makmur. Kalau mampu, kita beli dan sokong. Pakat jadikan usahawan tani kita jutawan.

Solat hajat jalan terakhir

PASIR PUTEH – “INI ikhtiar terakhir selepas segala keluhan kami tidak diendahkan pihak berkenaan,” kata Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Beras Wangi Kelantan Zailan Awang, 56, selepas menunaikan solat hajat bersama lebih 10 pesawah di sawah padi di Kampung Kolam Tembesu, Pasir Puteh, pagi tadi.

Zailan berkata, solat hajat itu diadakan sebagai simbolik kekecewaan 200 pesawah padi beras wangi atau padi MRQ76 yang berdepan masalah penjualan padi selepas syarikat kontraktor menamatkan pembelian.

Katanya, syarikat mendakwa terpaksa berbuat demikian berikutan kilang di Jeram Pasu, Pasir gagal memenuhi syarat Majlis Daerah Pasir Puteh dan agensi berkaitan untuk beroperasi.

“Apa yang mengecewakan tanaman ini baru kali kedua ditanam, masa jual anak benih kami tak dimaklumkan.

“Bila padi dah ditanam, kami diberi notis pemberhentian pembelian padi sedangkan dalam tempoh 115 hari, padi perlu dituai dan dijual, tambahan pula dekat dengan hari raya, ini penganiyaan kepada kami,” katanya ketika ditemui di bendang Kampung Kolam Tembesu.

Menurutnya, mereka berharap Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) tidak lagi menggunakan khidmat syarikat itu yang turut gagal melunaskan bayaran subsidi kepada 15 pesawah beras wangi yang menanam padi pada musim pertama membabitkan jumlah lebih RM53,000.

“Kami bernasib baik kerana hasil kerjasama bersama petani lain, ada syarikat dari luar Kelantan sudi membeli padi ini namun kami berdepan kerugian RM100 satu metrik tan.

“Sepatutnya padi dapat dijual dengan harga RM1,850 metrik tan namun hanya RM1,750 metrik tan sahaja sanggup dibayar syarikat itu selain perlu menanggung kos pengangkutan,” katanya.

Pesawah Hashim Ismail, 55, berkata, dia kecewa apabila kerja keras mereka yang mengusahakan beras wangi sejak 29 Januari lalu tidak mendapat sokongan agensi berkaitan sedangkan penanaman itu mampu membantu kerajaan mengurangkan kos import beras wangi dari luar Malaysia.

“Walaupun berdepan risiko rugi namun kami tetap mahu tanam beras wangi kerana tanah di sini sangat sesuai dengan tanaman ini selain menyahut cabaran kerajaan supaya petani bertindak di luar kotak.

“Cuma kami minta usaha kami disokong pihak berkaitan terutama dalam soal pembelian beras,” katanya.

Sementara itu, Pengarah MARDI Kelantan Ir Zainuddin Zakaria ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan cuba menyelesaikan isu terbabit.

BESDA BERAS WANGI KAMPUNG

PEK 1kg

RM7.00 (pusat belian)

Persijilan MyGAP

Tulen padi/beras MRQ76 tiada campuran beras lain

Kami kawal dari peringkat ladang hingga menjadi produk

Tekstur Lembut beraroma

Genetik semulajadi mengeluarkan bau seakan pandan bukan pewangi setanding beras wangi siam

SUKATAN AIR KENA KURANGKAN DARI BERAS BIASA

1:1

BERAS WANGI LEMBUT DAN BARU

Boleh dapatkan dipusat jualan kami

Sg Hj Dorani (lokasi dikomen)

Dan talian Shopee(link dikomen)

Mudah disimpan(simpan dlm petisejuk untuk tahan lama/elak kutu bubuk). besda beras wangi kampung

RESEPI NASI HUJAN PANAS

Resepinya mudah shj…memasak nasi ni lebih kurang sama resepinya dgn nasi minyak…namun kalau x kena dgn caranya…nasi akan bertukar warna (akibat warna yg bercampur) menyebabkan warna pd nasi menjadi ‘selekeh’ & tidak menyelerakan…di sini abam akan sharekan sedikit tips mcm mana nk dptkan nasi dgn warna yg cantik & menarik serta berderai yer

Resepinya

4 1/2 pot beras basmathi (abam pkai jenama faiza preboiled pack warna oren)-rendam beras selama 30 minit, basuh & toskan

Bhn utk menumis

1 biji bawang besar (dihiris nipis)

2 biji bawang putih (dihiris nipis)

2 inci halia (dihiris nipis)

4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)

3 helai daun pandan (disiat-siat & disimpul)

3 sb minyak sapi (ghee) (abam guna 2 sb ghee + 1 sb planta)

1 ketul kiub ayam

2 pot full cream milk (boleh gantikan dgn susu cair)

2 1/2 pot air

Pewarna merah, kuning & hijau secukupnya

Garam & perasa secukupnya

Cara-cara

1. Rendam beras basmathi selama 30 minit, basuh & toskan

2. Di dlm kuali, panaskan ghee

3. Apabila minyak telah panas, tumiskan 4 sekawan

4. Masukkan bwg besar, bwg putih & halia. Tumis sehingga wangi

5. Masukkan daun pandan

6. Masukkan kiub ayam

7. Masukkan beras basmathi

8. Masukkan full cream milk

9. Masukkan air

10. Masukkan garam dan perasa secukupnya (kiub ayam dh masin, so adjust ikut citarasa)

11. Masak nasi sehingga hampir kering, tutup penutup periuk dan masak nasi sehingga masak

12. Setelah nasi kering, titiskan pewarna merah, kuning & hijau

13. Kacau nasi sehingga nasi telah betul-betul kering

14. Siap!

Tips

1. Titis pewarna bila nasi telah betul-betul kering. Kalau nasi tak kering, warna akan bercampur

2. Gunakan sudu yg berlainan bg warna yg berlainan bg mengelakkan percampuran warna

3. Semasa titiskan warna, pastikan penjarakkan sosial dipatuhi…jgn letak terlalu dkt, nanti warna bercampur

4. Tunggu seketika setelah pewarna dititiskan supaya warna menyerap sepenuhnya ke dlm nasi. JGN kacau nasi ketika ini…nak nasi cantik kann…perlu byk bersabar

5. Setelah nasi telah btul-btul kering, br kacau nasi utk campurkan warna-warna td

Tips yg pjg berjela ni diharapkan dpt membantu dlm mendapatkan nasi hujan panas yg menarik yer

Semoga bermanfaat & selamat mencuba!

Kredit Resepi : Khairul Hasrol

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply