Imam Sebuah Filem Wasiat

imam sebuah filem wasiat

Imam Sebuah Filem Wasiat ? PENGARAH: Mior Hashim Manap LAKON LAYAR: Mior Hashim Manap PELAKON: M. Nasir, Faizal Hussein, Vanidah Imran, Rahim Razali, Natasha Charmaine, Omar Abdullah, Jalaluddin Hassan, Dewa Sapri, Rahim Jailani. GENRE: Drama BAHASA: Bahasa Melayu (Malaysia)

Umum mengetahui untuk membikin sebuah skrip filem yang diadaptasi dari sebuah novel merupakan satu pekerjaan yang sangat sukar.

Malah untuk menulis skrip hasil dari ilham sendiri juga merupakan satu perkara yang sangat payah. Inikan pula hendak menterjemahkan sebuah karya hebat dari seorang Sasterawan Negara yang sudah pasti merupakan satu perkara yang sangat mustahil. Namun bagi sutradara Mior Hashim Manap ia dilakukan jua dengan tujuan untuk bercerita dan menyampaikan sesuatu kepada masyarakat.

Novel Imam karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang diterbitkan pada tahun 1995 mengangkat kisah tentang seorang imam, Haji Mihad yang ingin membawakan pembaharuan terhadap kampungnya iaitu Kampung Anggerik Desa. Pembaharuan yang dibawakan ini mendapat tentangan dari orang-orang lama dan juga sepupunya sendiri iaitu Haji Syamsuri yang turut hendak menjadi imam di kampung tersebut.Pelbagai konflik timbul sehingga menyebabkan penglibatan orang-orang agama dan pihak-pihak yang berkuasa.

Terdapat elemen keagamaan yang dibawakan dalam cerita ini

tetapi ia hanya satu latarbelakang yang menjadi sokongan kepada tema utama iaitu tentang sebuah kepimpinan. Melalui filem Imam ini, ia ingin memberi satu pemahaman kepada audiens iaitu tentang peranan imam itu melangkaui tugasanya sebagai ketua di dalam solat, malah gelaran imam itu adalah merupakan seorang pemimpin kepada makmumnya.

Dalam filem ini ditunjukkan bagaimana Haji Mihad yang mendapat pendidikan agama dari luar dan mengkaji pelbagai kitab agama ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap agama Islam. Sebagai sebuah filem, aku boleh katakan Imam ini merupakan sebuah filem yang cukup-cukup.

Visualnya cantik, gerak letak pelakonnya sangat memadai. Namun sebagai sebuah adaptasi dari sebuah novel, ada satu perasaan tidak puas tatkala tamat menonton filem ini. Aku merasakan filem ini terlalu pendek untuk menterjemahkan karya hebat ini sekaligus merencatkan sedikit pengalaman penontonan ini. Namun ia bukanlah filem yang tak bagus. Aku boleh sentuh beberapa perkara teknikal lain dalam filem ini, namun jika tonjolkan tentang isi penceritaan, memang ada sesuatu yang ingin disampaikan ini.

Sekalipun begitu, permainan rentak cerita juga boleh diperbaiki. Kerana filem ini sarat dengan isu yang berat, tetapi tidak mendapat penyusunan plot yang bersesuaian. Selebihnya, ia sebuah filem yang patut kita hadam melalui bait-bait dialog yang disampaikan. Sudah tentu menjadi satu aras baharu untuk sesiapa yang ingin menjadi pemimpin. Filem Imam kini sedang ditayangkan di pawagam.

*Imam* Sebuah filem dan satu wasiat.

Sebuah filem yang bergenre drama dengan satu isu masyarakat yg tidak pernah selesai sejak dahulu. Filem ini diadaptasi drpd novel karya. Sasterawan Negara yang ke-8, Abdullah Hussain. Ia merupakan satu novel yang padat tentang isu-isu seperti pokok agama dan amalannya, pemikiran masyarakat Melayu Muslim pada ketika itu, arah tuju sesebuah komuniti dan sebagainya.

Di dalam filem ini aku dapat lihat isu utama yg ingin diketengahkan ialah Tajdid ataupun pembaharuan di dalam hidup beragama yg ingin dilakukan oleh Imam Hj. Mihad pada masyarakat di kampungnya mendapat satu tentangan hebat drpd sepupunya sendiri iaitu Hj. Syamsuri, seorang yg berpengaruh di kampung juga mendapat pendidikan agama daripada Timur Tengah.

Syamsuri selaku pemegang amanah Masjid kampung itu disokong oleh bekas Imam kampung (Imam Tua) dan beberapa lagi orang yg berpengaruh di kampungnya, juga pegawai-pegawai di Majlis agama merasakan kehadiran dan tajdid yg dilakukan oleh Hj.Mihad menyebabkan kepentingan dan pengaruh mereka terancam.

Pada pendapat aku, daripada segi mesej dan cerita, filem ini dua kali lebih baik daripada filem Mat Kilau.

Jika ia dibikin untuk membangkitkan kesedaran masyarakat islam di Malaysia dalam mencari pengertian hidup beragama maka ia tepat pada waktunya. Di kala kita sedang berhadapan dgn golongan yg sentiasa merasakan mereka lebih islam drpd yg lain, golongan yg taat buta pada pemimpin jumud dan kumpulan yg menggunakan agama untuk mencapai maksud peribadi yg tiada keikhlasan.

Pada masa yg sama filem ini juga tidak membelakangkan dan menolak ilmu tasauf. Melakukan Tajdid tidak bermakna kita Harus meninggalkan dan menidakkan terus ilmu tasauf. Ini dinyatakan di dalam dialog Hj Mihad sewaktu beliau di siasat oleh Pegawai Majlis Agama. Watak Haji Daud (bekas Bilal kampung) juga kita lihat merupakan satu watak seorang. Yang memilih untuk hidup sendiri di dalam jalan sufi. Kerana tidak dapat menerima lagi amalan masyarakatnya yg semakin terpesona dgn tipu daya dunia.

Bawalah anak-anak dan keluarga menonton filem ini seperti kita menonton Mat Kilau. Pemimpin2 politik dan NGO boleh sewa bas dan tempah satu pawagam utk tengok bersama spt menonton Mat Kilau. Tapi aku rasa tak perlu lah pergi menonton dgn memakai jubah dan serban Pak Arab mcm Haji Syamsuri .

P. S : Wife Dayak Hj. Mihad tu cun gila. Walaupun lakonannya tak berapa ngam, tapi aku yakin makwe tu boleh pergi jauh. Imam sebuah filem wasiat.

Sedikit ulasan ringkas #Imam

Teringat kisah surau dihadapan rumah saya ketika dahulu. Berlakunya persengketaan penduduk apabila adanya dua orang “Imam” yang dilantik. Akibat takut dengan pengaruh seorang Imam yang telah lama dilantik di surau itu, campur tangan politik berlaku, dan mereka melantik Imam dari parti mereka untuk menjadi Imam.

Akhirnya penduduk marah, dan pihak tertentu mengunci surau tersebut. Beberapa kejadian yang tidak baik berlaku selepas penutupan surau tersebut, seperti ada jemaah yang meninggal dan sakit sebagainya. Begitulah juga apa yang berlaku dalam filem Imam. Ketika dua pihak bertentangan pandangan, agama bukan lagi soal utama, tetapi kuasa menjadi taruhan sehingga ada yang sanggup mengadakan salah yang tiada.

Saya berpandangan filem ini akan berbeza di mata yang menonton. Susunan plot dan bahasa filemnya akan memberikan persepsi berbeza pada setiap audiens. Sebuah filem adaptasi dari novel, selalunya akan menimbulkan percanggahan pendapat, terutama antara penonton yang telah membaca novel tersebut dengan penonton yang tidak membaca novelnya. Jadi, tontonlah sendiri untuk menilai sendiri. Tahniah Mior Hashim Manap dan produksi filem Imam. Imam sebuah filem wasiat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply